Berita

Berita

Majlis Perasmian Ibu Pejabat iMotorbike World Sdn Bhd Dan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Antara iMotorbike Dengan STDC

DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj telah berkenan menerima zakat perniagaan daripada Permodalan Negeri Selangor Berhad yang diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, YM Raja Ahmad Shahrir Iskandar bin Raja Salim di Majlis Perasmian Masjid dan Berbuka Puasa DYMM Sultan Selangor Bersama Rakyat di perkarangan Masjid Al-Isitqamah, Kayangan Heights, Shah Alam pada 30 Mac 2023 bersamaan dengan 8 Ramadhan 1444H.

Turut sama hadir mengiringi baginda pada majlis tersebut, Dato’ Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Amirudin bin Shari; Pengerusi Majlis Agama Islan Selangor (MAIS), YAD Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz bin Mohd Yusof dan Sahibus Saadah Pengarah Jabatan Islam Selangor (JAIS), YBhg Dato’ Haji Mohd Shahzihan bin Ahmad.

Pada majlis tersebut, Sultan Sharafuddin turut menyempurnakan perasmian Masjid Al-Istiqamah, Kayangan Heights dan menyampaikan sumbangan hari raya kepada seramai lebih kurang 300 orang asnaf fakir dan asnaf mualaf.

Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) telah melabur kepada syarikat pemula (start-up company), iMotorbike World Sdn Bhd (iMotorbike), platform motosikal terkemuka Asia Tenggara bagi pembelian dan penjualan motosikal terpakai. Pelaburan ini adalah kendalian anak syarikat PNSB, PNSB Innovation Ventures Sdn Bhd yang bertanggungjawab menguruskan inisiatif pelaburan modal teroka bagi pihak PNSB.

Pada 15 Mac 2024, iMotorbike telah mengorak langkah baharu dalam pengembangannya dengan majlis pembukaan rasmi ruang pameran baharunya di Glenmarie, Shah Alam. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Amirudin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor.

PNSB turut menghubungkan iMotorbike dengan Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Selangor (STDC) untuk meneroka peluang kerjasama bersama. Pada majlis yang sama, iMotorbike turut menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani antara iMotorbike dengan STDC bagi memperkasakan pendidikan dan pembangunan belia Selangor.

YM Raja Ahmad Shahrir Iskandar, Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) telah hadir dan menyaksikan majlis tersebut. Turut hadir Tuan Haji Ts. Saipolyazan bin M Yusop, Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan); Encik Nazri bin Noh, Pengerusi STDC dan pengasas bersama iMotorbike, Gil Carmo dengan Sharmeen Looi.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on linkedin
LinkedIn
Share on telegram
Telegram