Tanggungjawab Sosial Korporat

Tanggungjawab Sosial Korporat - Zakat & Agama

Menyumbang zakat perniagaan dan menghulurkan derma ke masjid dan surau.

Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan

DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah berkenan menerima zakat perniagaan daripada Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) yang telah diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, YM Raja Ahmad Shahrir Iskandar Bin Raja Salim. Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan telah diadakan di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam pada Rabu, 27 April 2022 bersamaan dengan 25 Ramadhan 1443H.

Selanjutnya

Penyerahan Sumbangan Wang Zakat

Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) melalui Kelab Kebajikan PNSB telah melaksanakan Majlis Penyerahan Wakalah Agihan Zakat kepada Sekolah Kebangsaan Telok Gong, Kampung Nelayan, Pelabuhan Klang pada 17hb Mac 2022 untuk disumbangkan semula kepada 170 orang pelajar asnaf (fakir/miskin). Sumbangan zakat telah diserahkan oleh YM Raja Ahmad Shahrir Iskandar Bin Raja Salim, Ketua Pegawai Eksekutif kepada Puan…

Selanjutnya

Penyerahan Sumbangan Wang Zakat

Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) melalui Kelab Kebajikan PNSB telah melawat Surau At-Taqwa, Bukit Bandaraya Shah Alam pada 15hb Mac 2022 bagi menyerahkan wang sumbangan Wakalah Agihan Zakat. PNSB telah menyumbang RM5,000.00 bagi menggantikan pagar di Surau At-Taqwa. Turut diserahkan adalah wang sumbangan zakat bagi membina Masjid Bukit Bandaraya U11 Shah Alam berjumlah RM10,000. Cek…

Selanjutnya

Penyerahan Sumbangan Wang Zakat

Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) melalui Kelab Kebajikan PNSB telah mengadakan Majlis Penyerahan Zakat di Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI, Sepang) pada 14 Mac 2022. Cek berjumlah RM5,000 sebagai bantuan barangan keperluan sekolah untuk pembelian 5 unit komputer telah diserahkan oleh YM Raja Ahmad Shahrir Iskandar, Ketua Pegawai Eksekutif PNSB kepada Guru Besar SRITI…

Selanjutnya

Majlis Penyerahan Cek Sumbangan Zakat Bencana Alam (Banjir) Untuk Kakitangan Pnsb

Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) telah menyerahkan wang sumbangan zakat bagi bantuan bencana alam (banjir) untuk kakitangan PNSB yang terjejas akibat musibah banjir yang melanda baru-baru ini. Penyerahan cek sumbangan zakat ini telah disempurnakan oleh YM Raja Ahmad Shahrir Iskandar Bin Raja Salim, Ketua Pegawai Eksekutif PNSB. Seramai 9 orang kakitangan PNSB telah menerima sumbangan…

Selanjutnya

Sumbangan Khas Untuk Masjid Terpilih Sempena Dengan Jelajah Ramadhan Kita Selangor

Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) telah menyalurkan sumbangan khas untuk masjid-masjid terpilih sempena dengan Jelajah Ramadhan Kita Selangor Dato’ Menteri Besar ke Daerah-Daerah bagi tahun 2021/ 1442 H. Permodalan Negeri Selangor Berhad memperuntukkan sejumlah RM 1 juta sebagai sumbangan khas kepada masjid bagi memberi manfaat kepada lebih kurang 200 buah masjid di daerah-daerah Selangor. Sumbangan…

Selanjutnya