Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU)
Pada 20 Januari 2026, PNSB Construction Sdn Bhd (PCSB), anak syarikat Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB), telah memeterai MoU bersama Daikin Malaysia Sales & Service Sdn Bhd bagi menjalin kerjasama strategik dalam penyediaan sistem dan teknologi untuk projek perumahan Rumah Idaman. Majlis berlangsung di Daikin Solution Plaza, Plaza Arkadia, Desa Parkcity. Majlis menandatangani MoU ini telah disempurnakan oleh Y.M. Raja Ahmad Shahrir Iskandar bin Raja Salim, Ketua Pegawai Eksekutif PNSB, bersama Encik Lawrence Song Yew Beng, Pengarah Urusan Daikin Malaysia, YBhg. Dato’ Puasa bin Md. Taib, Ahli Lembaga Pengarah PCSB, serta Datuk Lee Chong Haw, Penasihat Program Local Giants Kelab Bola Sepak Selangor. Turut hadir menyaksikan majlis ialah YBhg. Dato’ Mohamad Lotfy bin Mohamad Noh, Ahli Lembaga Pengarah PCSB. Semoga kerjasama ini membuka peluang pembangunan teknologi yang inovatif dan memberi manfaat kepada projek perumahan serta komuniti setempat.





