INTEGRITI
Menyedari tanggungjawab pentadbiran korporatnya, PNSB komited dalam menjalankan urus niaga yang berintegriti dan telus. Ideal ini disokong dengan mengadaptasi budaya sifar toleransi terhadap amalan rasuah dan penyalahgunaan kuasa melalui polisi antirasuah dan sogokan.
Polisi 01
IG1
Polisi Antirasuah & Sogokan
Polisi Antirasuah & Sogokan PNSB ditubuhkan selari dengan undang-undang dan peraturan berkenaan serta mengikut dasar & piawaian yang ditetapkan oleh agensi-agensi Kerajaan yang berkenaan. Polisi ini mencerminkan pendirian yang mengutamakan integriti dalam semua transaksi perniagaannya. Tujuan polisi ini ialah untuk menyingkirkan segala bentuk rasuah dan sogokan dalam operasi harian Syarikat.
Polisi 02
IG2
Polisi Penerimaan & Pemberian Hadiah
Amalan memberi dan menerima hadiah adalah budaya biasa dalam masyarakat kita terutamanya pada musim perayaan dan keramaian. Polisi ini diwujudkan untuk memberi panduan berkaitan penerimaan dan pemberian hadiah dikalangan kakitangan Kumpulan PNSB yang berurusan dengan pihak luar dalam melaksanakan urusan dengan penuh integriti.
Polisi 03
IG3
Polisi Pemberi Maklumat
Oleh kerana PNSB dan Anak-anak Syarikatnya mengutamakan integriti sebagai prinsip asas, Polisi ini telah dirangka bagi menyediakan tatacara yang jelas bagi membolehkan pemberi maklumat tampil dan mendedahkan sebarang salah laku yang disyaki. Polisi ini turut menggariskan perlindungan terhadap pemberi maklumat dari sebarang hukuman atau tindakan yang tidak adil, jika pendedahan dibuat dengan niat baik.
Saluran
Hubungi
Saluran Pemberi Maklumat
Untuk penyaluran maklumat berkaitan salah laku, rasuah atau sebarang aktiviti yang tidak beretika, sila hubungi kami melalui emel rasmi saluran pemberi maklumat.
E-mel Rasmi
whistleblowing@pnsb.com.my