INFO KORPORAT
Permodalan Negeri Selangor Berhad atau dikenali sebagai PNSB merupakan anak syarikat milik penuh Kerajaan Negeri Selangor, dibawah seliaan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI.
Sebagai sebuah organisasi milik kerajaan negeri Selangor, PNSB menumpukan pembangunan hartanah sebagai perniagaan teras, dengan membangun kediaman dan komersial serta perumahan dan perbandaran yang mampan dan mampu milik yang tertumpu di negeri Selangor dan Lembah Klang.
Melalui anak-anak syarikatnya, PNSB juga menyediakan perkhidmatan insurans melalui PNSB Insurance Brokers Sdn. Bhd. (PIBSB), perundingan pengurusan projek melalui PNSB Management Consultancy Sdn. Bhd. (PMCSB), perlombongan melalui PNSB Trading Sdn. Bhd. (PTSB) dan penerokaan aeroangkasa melalui PNSB Aero Frontier Sdn. Bhd. (PAFSB). PNSB juga menerajui pembangunan Rumah Idaman MBI melalui PNSB Construction Sdn. Bhd. (PCSB).
Dengan misi mempelbagaikan perniagaannya, PNSB berhasrat untuk mencari peluang bekerjasama dengan pelabur-pelabur melalui anak syarikatnya, PNSB Innovation Ventures Sdn. Bhd. (PIV).
PNSB juga tidak ketinggalan memainkan peranan yang penting di dalam melaksanakan tanggungjawab sosial korporat dan merupakan sebuah agensi kerajaan yang sangat prihatin dan aktif dalam aktiviti-aktiviti Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Kerajaan Negeri Selangor dan PNSB sendiri.
MISI KAMI
Memacu deras perjalanan transformasi ekonomi Selangor menjelang 2026 ke arah kemakmuran bersama
VISI KAMI
Meningkatkan tahap pelaburan di Selangor serta mengukuhkan pembangunan sosioekonomi negeri. Bagi mencapai wawasan ini, PNSB berikrar ke arah konglomerat yang dinamik, berwibawa dan berprestasi tinggi.
MOTO KAMI
Membentuk Selangor untuk hari esok
NILAI TERAS PNSB
Nilai teras merupakan asas penting yang membentuk identiti, budaya kerja, dan hala tuju syarikat. Ia juga berperanan sebagai panduan dalam setiap keputusan dan tindakan, bagi memastikan organisasi bergerak selaras dengan visi dan misi syarikat.
& Proaktif
AHLI LEMBAGA PENGARAH
Dato’ Menteri Besar Selangor
YAB Dato’ Seri Amirudin Bin Shari
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor
YB Datuk Borhan Bin Aman Shah
Ketua Pegawai Eksekutif PNSB
YM Raja Ahmad Shahrir Iskandar Bin Raja Salim
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MBI
YBhg. Dato’ Ts. Saipolyazan Bin M Yusop
Ahli Lembaga Pengarah Bebas
YBhg. Dato’ Mohd Azizi Bin Mohd Zain
Ahli Lembaga Pengarah Bebas
YBhg. Dato’ Mohamad Lotfy Bin Mohamad Noh
KUMPULAN PENGURUSAN
Dalam mencari kecemerlangan, PNSB menyandar pada kepakaran dan pengalaman para pegawai pengurusan kanannya. Para pegawai pengurusan kanan konglomerat ini diamanahkan dengan susun atur dan pelaksanaan strategi untuk mencapai objektif PNSB
Ketua Pegawai Eksekutif
YM Raja Ahmad Shahrir Iskandar Bin Raja Salim
Penasihat Kanan Perniagaan Baru, Pelaburan Strategik & Projek
YBhg. Dato’ Wan Hashimi AlBakri Bin Wan Ahmad Amin Jaffri
Ketua Bahagian Perancangan dan Operasi
YBhg. Dato’ Haji Zamri Bin Haji Ahmad
Pengurus Besar Kanan Kewangan
Tn. Haji Ahmad Zamwawi Bin Ahmad Nazari
Pengurus Besar Sumber Manusia & Pentadbiran
En. Khalid Bin Abdullah
Pengurus Besar Korporat / Setiausaha Syarikat
En. Mohamad Nizam Bin Hj. Yaacob
Pengurus Besar Kewangan
En. Beh Boon Guan
Pengurus Besar Undang-Undang
Pn. Nor Juanna Hilda Binti Dato’ Julaini
Pengurus Besar Perancangan Strategik & Perniagaan Baharu
Tn. Haji Hairolnisam Bin Isnin
KETUA JABATAN
Pengurus KananIntegriti, Audit & Governans
En. Mohammed Hanafi Bin Muhi
Pengurus KananPelaburan
En. Asyrul Ridzwan Bin Ramali
KETUA ANAK SYARIKAT
PengurusPNSB Management Consultancy Sdn. Bhd.
En. Hasmadi bin Paiman
PengurusPNSB Construction Sdn. Bhd.
En. Wan Afnizam bin Wan Moran
Syarikat
Permodalan
Negeri
Selangor
Berhad