Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) dengan kerjasama Selangor Information Technology & Digital Economy Corporation (Sidec) dan Penjana Kapital telah memeterai Memorandum Persefahaman bagi penubuhan Dana Penjana Selangor, sebuah inisiatif Modal Teroka Korporat pertama di Malaysia yang didokong oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Selangor.
Memorandum persefahaman tersebut telah ditandatangani oleh YM Raja Ahmad Shahrir Iskandar bin Raja Salim, Ketua Pegawai Eksekutif mewakili PNSB bersama Encik Taufiq Iskandar Jamingan, Ketua Pegawai Eksekutif Penjana Kapital dan Encik Yong Kai Ping, Ketua Pegawai Eksekutif Sidec.
Turut menyaksikan, YB Tuan Steven Sim Chee Keong, Timbalan Menteri Kewangan dan YBhg Dato’ Seri Dr. Awang Adek Hussin, Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti .
Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman di antara PNSB bersama Sidec dengan Penjana Kapital telah diadakan di Pejabat Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Bukit Kiara, Kuala Lumpur.



