Berita

Berita

Majlis Perasmian Ibu Pejabat iMotorbike World Sdn Bhd Dan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Antara iMotorbike Dengan STDC

Bersempena dengan Hari Raya Aidiladha, Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) telah menyumbangkan sejumlah lapan (8) ekor lembu korban untuk komuniti Orang Asli di sekitar Selangor. Melalui kerjasama dengan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor – PKPS, simbolik penyerahan sumbangan lembu korban tersebut telah disempurnakan oleh YM Raja Ahmad Shahrir Iskandar bin Raja Salim, Ketua Pegawai Eksekutif PNSB kepada YBhg Tuan Mohamad Anis bin Othman, Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Negeri Selangor & Wilayah Persekutuan pada 28 Jun 2023 bertempat di Selangor Fruit Valley (SFV), Bestari Jaya, Selangor.

Turut hadir menyaksikan penyerahan simbolik tersebut adalah YB Tuan Hee Loy Sian, Exco Pelancongan, Alam Sekitar & Hal Ehwal Orang Asli dan YBhg Dr Mohamad Khairil Mohamad Razi, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKPS.

Lapan (8) ekor lembu korban untuk komuniti Orang Asli telah diagihkan kepada komuniti Orang Asli di 5 daerah berikut:

1. Daerah Gombak – Kampung Orang Asli Kuang dan Surau Al-Hidayah

2. Daerah Hulu Langat – Kampung Orang Asli Kuala Pangsun

3. Daerah Petaling – Bukit Bandaraya, Shah Alam dan Bukit Lanjan (Desa Temuan)

4. Daerah Kuala Langat – Kepau Laut dan Taman Desa Kemandol

5. Daerah Hulu Selangor – Kampung Orang Asli Tun Abdul Razak

Selain itu, PNSB juga turut mengagihkan semula sejumlah empat (4) ekor lembu dan sepuluh (10) ekor kambing yang diterima melalui Program Sumbangan Korban Negeri Selangor (PSKNS) Tahun 2023 kepada beberapa buah masjid dan surau yang telah dikenalpasti. Antara penerima tersebut adalah:

1. Masjid Lama An-Nawawi, Klang

2. Surau Al-Hijrah Rumah Pangsa Impian, Jenjarom

3. Masjid Ar-Ridzuan, Kuala Selangor

4. Masjid An-Naim, Sabak Bernam

5. Masjid Al-Mutmainnah, Banting

6. Masjid Kg Perepat, Klang

7. Surau Al-Shuhadak

Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) telah melabur kepada syarikat pemula (start-up company), iMotorbike World Sdn Bhd (iMotorbike), platform motosikal terkemuka Asia Tenggara bagi pembelian dan penjualan motosikal terpakai. Pelaburan ini adalah kendalian anak syarikat PNSB, PNSB Innovation Ventures Sdn Bhd yang bertanggungjawab menguruskan inisiatif pelaburan modal teroka bagi pihak PNSB.

Pada 15 Mac 2024, iMotorbike telah mengorak langkah baharu dalam pengembangannya dengan majlis pembukaan rasmi ruang pameran baharunya di Glenmarie, Shah Alam. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Amirudin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor.

PNSB turut menghubungkan iMotorbike dengan Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Selangor (STDC) untuk meneroka peluang kerjasama bersama. Pada majlis yang sama, iMotorbike turut menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani antara iMotorbike dengan STDC bagi memperkasakan pendidikan dan pembangunan belia Selangor.

YM Raja Ahmad Shahrir Iskandar, Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) telah hadir dan menyaksikan majlis tersebut. Turut hadir Tuan Haji Ts. Saipolyazan bin M Yusop, Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan); Encik Nazri bin Noh, Pengerusi STDC dan pengasas bersama iMotorbike, Gil Carmo dengan Sharmeen Looi.

Facebook
Twitter
WhatsApp
LinkedIn
Telegram