Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) telah menganjurkan Kejohanan Golf Amal PNSB 2023 yang diadakan pada 21 Mei 2023 bertempat di Glenmarie Golf & Country Club, Shah Alam.
Kejohanan Golf Amal PNSB 2023 kali ini bermatlamat untuk mengumpul dana bagi disalurkan kepada badan-badan kebajikan yang terpilih dan kejohanan ini merupakan sebahagian dari program tanggungjawab sosial korporat (CSR) PNSB bagi tahun 2023.
Disamping itu, kejohanan ini juga bertujuan mengeratkan silaturrahim di antara PNSB dengan Ketua-Ketua Jabatan Kerajaan Negeri Selangor, Pegawai Daerah-Pegawai Daerah Negeri Selangor, Yang Dipertua-Yang Dipertua Negeri Selangor, Dato’ Bandar-Dato’ Bandar, Ketua-Ketua dari Sektor Swasta, Korporat dan sebagainya.
Golf Amal PNSB 2023 telah disertai oleh Y.B. Dato’ Haji Haris bin Kasim, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang juga merupakan Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah PNSB yang seterusnya telah menyempurnakan Majlis Penyampaian Hadiah.
PNSB telah berjaya mengutip dana berjumlah RM20,000.00 yang disalurkan kepada empat pertubuhan kebajikan yang berikut:
1. Pertubuhan Kebajikan Dan Kemasyarakatan Asnaf Seksyen 7, Shah Alam
2. Pertubuhan Pusat Jagaan Limpahan Kasih
3. Good Samaritan Home Care Centre
4. Pertubuhan Rumah Amal Cahaya Tengku Ampuan Rahimah





