Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) telah menganjurkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PNSB 2023 / 1444H pada 27 April 2023 bertempat di MBSA Convention Centre, Seksyen 13, Shah Alam.
YAB Dato’ Seri Amirudin Shari, Dato’ Menteri Besar dan isteri, YABhg Datin Seri Masdiana Muhamad merupakan tetamu kehormat di majlis tersebut.
Turut hadir, YB Dato’ Haji Haris Kassim, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor merangkap Pengerusi Lembaga Pengarah PNSB; Speaker Dewan Negeri Selangor; Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang lain.
Seramai lebih 800 tetamu jemputan terdiri daripada syarikat berkaitan kerajaan (GLC), rakan strategik PNSB, pihak berkuasa tempatan serta pejabat daerah dan tanah turut memeriahkan majlis tersebut.
PNSB juga meraikan 50 anak yatim dari Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Darul Ehsan Malaysia dan Rumah Kasih Harmoni Paya Jaras.








