Berita

Berita

Majlis Perasmian Ibu Pejabat iMotorbike World Sdn Bhd Dan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Antara iMotorbike Dengan STDC

Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) telah menerima kunjungan hormat dari pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS) pada 20 Oktober 2022. Wakil LZS yang terdiri daripada Ustaz Khairul Azhan bin Ahmat, Ketua Jabatan Pengurusan Muzakki; Encik Ahmad Zaidi Laynan bin Zainudin, Ketua Jabatan Perniagaan Divisyen Kutipan dan En Zakuan bin Hasan, Eksekutif Zakat telah disambut oleh YM Raja Ahmad Shahrir Iskandar bin Raja Salim, Ketua Pegawai Eksekutif PNSB.

 

Semasa kunjungan hormat tersebut, Lembaga Zakat Selangor juga telah menyampaikan ‘Plaque’ Pengiktirafan Pembayar Zakat Perniagaan bagi tahun 2020. ‘Plaque’ pengiktirafan telah disampaikan oleh Ustaz Khairul Azhan kepada YM Raja Ahmad Shahrir Iskandar.

 

Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) telah melabur kepada syarikat pemula (start-up company), iMotorbike World Sdn Bhd (iMotorbike), platform motosikal terkemuka Asia Tenggara bagi pembelian dan penjualan motosikal terpakai. Pelaburan ini adalah kendalian anak syarikat PNSB, PNSB Innovation Ventures Sdn Bhd yang bertanggungjawab menguruskan inisiatif pelaburan modal teroka bagi pihak PNSB.

Pada 15 Mac 2024, iMotorbike telah mengorak langkah baharu dalam pengembangannya dengan majlis pembukaan rasmi ruang pameran baharunya di Glenmarie, Shah Alam. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Amirudin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor.

PNSB turut menghubungkan iMotorbike dengan Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Selangor (STDC) untuk meneroka peluang kerjasama bersama. Pada majlis yang sama, iMotorbike turut menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani antara iMotorbike dengan STDC bagi memperkasakan pendidikan dan pembangunan belia Selangor.

YM Raja Ahmad Shahrir Iskandar, Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) telah hadir dan menyaksikan majlis tersebut. Turut hadir Tuan Haji Ts. Saipolyazan bin M Yusop, Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan); Encik Nazri bin Noh, Pengerusi STDC dan pengasas bersama iMotorbike, Gil Carmo dengan Sharmeen Looi.

Facebook
Twitter
WhatsApp
LinkedIn
Telegram