Berita

Berita

Majlis Perasmian Ibu Pejabat iMotorbike World Sdn Bhd Dan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Antara iMotorbike Dengan STDC

Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) dengan kerjasama Kelab Kebajikan PNSB telah melawat Sekolah Kebangsaan Batu Unjur, Klang pada 18 Oktober 2022 untuk menyerahkan sumbangan wang zakat bagi manfaat pelajar-pelajar asnaf dan anak-anak yatim.

Penyerahan sumbangan telah disempurnakan oleh YM Raja Ahmad Shahrir Iskandar bin Raja Salim, Ketua Pegawai Eksekutif PNSB kepada En Hafizy Afendi bin Mohd Zain, YDP PIBG SK Batu Unjur dan Pn Badariah binti Mahfods, Guru Besar SK Batu Unjur.

Terdahulu, PNSB turut menyerahkan sumbangan zakat kepada Surau Al-Falah, Kampung Bukit Kapar, Kapar. Sumbangan telah diserahkan kepada Haji Shaharuddin bin Mohd Yassin, Penasihat Surau Al-Falah.

Sumbangan wang zakat ini adalah untuk asnaf dan anak-anak yatim kariah Kampung Bukit Kapar serta pelajar Sekolah Kebangsaan Batu Unjur.

Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) telah melabur kepada syarikat pemula (start-up company), iMotorbike World Sdn Bhd (iMotorbike), platform motosikal terkemuka Asia Tenggara bagi pembelian dan penjualan motosikal terpakai. Pelaburan ini adalah kendalian anak syarikat PNSB, PNSB Innovation Ventures Sdn Bhd yang bertanggungjawab menguruskan inisiatif pelaburan modal teroka bagi pihak PNSB.

Pada 15 Mac 2024, iMotorbike telah mengorak langkah baharu dalam pengembangannya dengan majlis pembukaan rasmi ruang pameran baharunya di Glenmarie, Shah Alam. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Amirudin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor.

PNSB turut menghubungkan iMotorbike dengan Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Selangor (STDC) untuk meneroka peluang kerjasama bersama. Pada majlis yang sama, iMotorbike turut menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani antara iMotorbike dengan STDC bagi memperkasakan pendidikan dan pembangunan belia Selangor.

YM Raja Ahmad Shahrir Iskandar, Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) telah hadir dan menyaksikan majlis tersebut. Turut hadir Tuan Haji Ts. Saipolyazan bin M Yusop, Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan); Encik Nazri bin Noh, Pengerusi STDC dan pengasas bersama iMotorbike, Gil Carmo dengan Sharmeen Looi.

Facebook
Twitter
WhatsApp
LinkedIn
Telegram