Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) telah menyumbang sebanyak RM100,000.00 sebagai tajaan untuk Kejohanan Bola Sepak Piala Dato’ Mokhtar Dahari (Bawah 15 Tahun dan Bawah 18 Tahun).
YM Raja Ahmad Shahrir Iskandar bin Raja Salim, Ketua Pegawai Eksekutif PNSB telah hadir ke Majlis Penyerahan Tajaan bagi Kejohanan Bola Sepak Piala Dato’ Mokhtar Dahari yang diadakan di Dewan Kumpulan Media Karangkraf Sdn Bhd pada 18 Ogos 2022.
Penyerah mock-cheque sumbangan penajaan telah diserahkan oleh YM Raja Ahmad Shahrir kepada YAD Dato’ Haji Emran bin Haji Kadir, Orang Kaya Maha Bijaya Petaling merangkap Orang Besar Daerah Petaling yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Induk Kejohanan serta disaksikan oleh YB Tuan Mohd Khairuddin bin Othman, Exco Generasi Muda, Sukan dan Modal Insan.






