Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) telah menyumbang penajaan berjumlah RM10,000.00 kepada Tourism Selangor untuk penganjuran Kejohanan Golf ‘4th Tourism Selangor Golf Tournament’ yang akan diadakan pada 23 Julai 2022 di Kelab Golf Seri Selangor (KGSS), Kota Damansara, Petaling Jaya.
Tourism Selangor telah mengadakan Sidang Media mengumumkan penganjuran Kejohanan golf tersebut pada 21 Jun 2022 di KGSS.
Para penaja turut diraikan dalam Majlis Sidang Media ini. Ketua Pegawai Eksekutif PNSB, YM Raja Ahmad Shahrir Iskandar Bin Raja Salim telah hadir dan turut serta dalam menyampaikan ‘mock cheque’ untuk penajaan kejohanan ini.





