Platform Selangor (PLATS) telah dijemput oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) untuk terlibat serta dalam Majlis Pembukaan Pasar Pagi Seksyen 27 di Tapak Pasar Malam, Jalan Bukit Raya 27/8, Seksyen 27, Shah Alam yang telah diadakan pada 19 Jun 2022.
Majlis perasmian ini telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Papparaidu A/L Veraman, Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) merangkap Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk Zon 10.
Turut hadir YBrs. Puan Saribanon Binti Saibon, Ahli Majlis MBSA merangkap Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk Zon 10; YBrs. Tuan Haji Madiyan Bin Baweh, Pengarah Pelesenan, MBSA dan YBrs. Encik Mohd Helmi Bin Dato’ Mohd Yusof, Ketua Pegawai Operasi, Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB).






