Berita

Berita

Majlis Perasmian Ibu Pejabat iMotorbike World Sdn Bhd Dan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Antara iMotorbike Dengan STDC

Kerajaan Negeri Selangor telah mengadakan program Jelajah Selangor Penyayang (JSP) ke Daerah Hulu Langat pada 19 Jun 2022 (Ahad) dari 8.00 pagi hingga 5.30 petang bertempat di Padang Taman Kosas, Ampang.

 

Sebanyak 2,103 unit Rumah Idaman telah diserahkan secara percuma kepada Kerajaan Negeri Selangor di Majlis Perasmian Jelajah Selangor Penyayang. Penyerahan simbolik telah disempurnakan oleh Puan Hajah Norita Binti Mohd Sidek, Ketua Pegawai Eksekutif MBI Selangor, kepada YBhg Dato’ Dr. Juhari Bin Ahmad Pengarah Eksekutif Lembaga Perumahan Hartanah Selangor (LPHS) dan disaksikan oleh YAB Dato’ Seri Amirudin Bin Shari, Dato Menteri Besar Selangor.

 

Dalam majlis yang sama, sebahagian daripada program Inisiatif Platform Selangor (PLATS), YAB Dato’ Seri Amirudin Shari diiringi oleh Tuan Mohd Fauzi Bin Mohd Yatim, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Puan Hajah Norita Binti Mohd Sidek dan YM Raja Ahmad Shahrir Iskandar Bin Raja Salim, Ketua Pegawai Eksekutif PNSB telah menyantuni salah satu peniaga “food truck” semasa Jelajah Selangor Penyayang.

 

Inisiatif Platform Selangor (PLATS) yang diterajui oleh Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) bersama Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI) merupakan satu inisiatif yang dibangunkan untuk menggerakkan ekonomi usahawan mikro khususnya penjaja di Selangor.

Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) telah melabur kepada syarikat pemula (start-up company), iMotorbike World Sdn Bhd (iMotorbike), platform motosikal terkemuka Asia Tenggara bagi pembelian dan penjualan motosikal terpakai. Pelaburan ini adalah kendalian anak syarikat PNSB, PNSB Innovation Ventures Sdn Bhd yang bertanggungjawab menguruskan inisiatif pelaburan modal teroka bagi pihak PNSB.

Pada 15 Mac 2024, iMotorbike telah mengorak langkah baharu dalam pengembangannya dengan majlis pembukaan rasmi ruang pameran baharunya di Glenmarie, Shah Alam. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Amirudin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor.

PNSB turut menghubungkan iMotorbike dengan Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Selangor (STDC) untuk meneroka peluang kerjasama bersama. Pada majlis yang sama, iMotorbike turut menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani antara iMotorbike dengan STDC bagi memperkasakan pendidikan dan pembangunan belia Selangor.

YM Raja Ahmad Shahrir Iskandar, Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) telah hadir dan menyaksikan majlis tersebut. Turut hadir Tuan Haji Ts. Saipolyazan bin M Yusop, Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan); Encik Nazri bin Noh, Pengerusi STDC dan pengasas bersama iMotorbike, Gil Carmo dengan Sharmeen Looi.

Facebook
Twitter
WhatsApp
LinkedIn
Telegram