DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah berkenan menerima zakat perniagaan daripada Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) yang telah diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, YM Raja Ahmad Shahrir Iskandar Bin Raja Salim.
Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan telah diadakan di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam pada Rabu, 27 April 2022 bersamaan dengan 25 Ramadhan 1443H.



