Berita

Berita

Majlis Perasmian Ibu Pejabat iMotorbike World Sdn Bhd Dan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Antara iMotorbike Dengan STDC

Puchong – 8 April 2022: Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) dengan kerjasama Menteri Besar Selangor (Pemerbadan) bersama Rakan Digital Selangor (RDS) dan Platform Selangor (PLATS) telah nengadakan Majlis Pelancaran Program Pemerkasaan Penjaja Melalui Inisiatif Platform Selangor (PLATS) Siri 3 di Tapak Bazar Ramadan Bandar Kinrara 5 pada jam 3 petang.

Platform Selangor atau PLATS pula merupakan sebuah direktori digital bagi penjaja dan PKS mikro di negeri Selangor yang telah didaftarkan atau didekati oleh Duta Rakan Digital Selangor. PLATS telah membangunkan e-Bazar Ramadan yang pertama pada tahun 2020 di mana platform ini telah membantu lebih 100 peniaga mikro. Manakala pada tahun 2021, inisiatif ini telah membantu mendigitalkan lebih 7,000 peniaga dan mewujudkan lebih 1,000 peluang pekerjaan untuk kumpulan B40 menerusi program Rakan Digital Selangor (RDS).

Pelbagai perancangan telah dibuat bagi tahun 2022 untuk membantu meperkasakan penjaja serta PKS mikro di negeri Selangor. PLATS 3.0 mensasarkan untuk membantu 10,000 lagi peniaga mikro tempatan di seluruh Selangor untuk mendigitalkan perniagaan dan operasi mereka.

Insiatif Rakan Digital Selangor bermatlamat untuk membantu mendigitalkan perniagaan penjaja dan PKS mikro negeri Selangor bagi memastikan tiada pihak yang ketinggalan dalam arus digitalisasi masa kini.

Majlis pelancaran program telah disempurnakan oleh Y.A.B. Dato’ Seri Amirudin bin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor. Turut berucap pada majlis pelancaran ini adalah Y.M. Raja Ahmad Shahrir Iskandar bin Raja Salim, Ketua Pegawai Eksekutif PNSB.

Majlis dihadiri dan disaksikan oleh Y.B. Rodziah binti Ismail, EXCO Perumahan, Kesejahteraan Bandar Dan Pembangunan Usahawan, Y.B. Tuan Ganabatirau A/L Veraman (Exco Kerajaan Negeri) dan Y.B. Tuan Ng Sze Han (ADUN Kinrara)

Liputan media:

Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) telah melabur kepada syarikat pemula (start-up company), iMotorbike World Sdn Bhd (iMotorbike), platform motosikal terkemuka Asia Tenggara bagi pembelian dan penjualan motosikal terpakai. Pelaburan ini adalah kendalian anak syarikat PNSB, PNSB Innovation Ventures Sdn Bhd yang bertanggungjawab menguruskan inisiatif pelaburan modal teroka bagi pihak PNSB.

Pada 15 Mac 2024, iMotorbike telah mengorak langkah baharu dalam pengembangannya dengan majlis pembukaan rasmi ruang pameran baharunya di Glenmarie, Shah Alam. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Amirudin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor.

PNSB turut menghubungkan iMotorbike dengan Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Selangor (STDC) untuk meneroka peluang kerjasama bersama. Pada majlis yang sama, iMotorbike turut menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani antara iMotorbike dengan STDC bagi memperkasakan pendidikan dan pembangunan belia Selangor.

YM Raja Ahmad Shahrir Iskandar, Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) telah hadir dan menyaksikan majlis tersebut. Turut hadir Tuan Haji Ts. Saipolyazan bin M Yusop, Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan); Encik Nazri bin Noh, Pengerusi STDC dan pengasas bersama iMotorbike, Gil Carmo dengan Sharmeen Looi.

Facebook
Twitter
WhatsApp
LinkedIn
Telegram