Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) dengan kerjasama Kelab Kebajikan PNSB telah menganjurkan Program Tazkirah Ihya’ Ramadhan bersempena dengan kedatangan bulan Ramadhan 1443H.
Tazkirah Ramadhan bertajuk “Ramadhan Bulan Alquran” telah disampaikan oleh penceramah jemputan, YBhg. Ustaz Nik Bakri Bin Nik Mat. Program ini telah dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif, YM Raja Ahad Shahrir Iskandar Bin Raja Salim, Ahli Jawatankuasa Kelab Kebajikan PNSB serta Warga Kerja PNSB.



