Berita

Berita

Majlis Perasmian Ibu Pejabat iMotorbike World Sdn Bhd Dan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Antara iMotorbike Dengan STDC

Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) melalui Kelab Kebajikan PNSB telah melaksanakan Majlis Penyerahan Wakalah Agihan Zakat kepada Sekolah Kebangsaan Telok Gong, Kampung Nelayan, Pelabuhan Klang pada 17hb Mac 2022 untuk disumbangkan semula kepada 170 orang pelajar asnaf (fakir/miskin).
Sumbangan zakat telah diserahkan oleh YM Raja Ahmad Shahrir Iskandar Bin Raja Salim, Ketua Pegawai Eksekutif kepada Puan Suraya Binti Ghazali, Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Telok Gong, Pelabuhan Klang.
PNSB turut melaksanakan sumbangan wang wakalah zakat kepada Akademi Huffaz Az Zikr pada 18hb Mac 2022. Majlis Penyerahan telah diadakan di kawasan tapak pembinaan Akademi Huffaz Az Zikr, Pantai Remis, Jeram, Kuala Selangor bagi tujuan pembinaan Akademi Huffaz Az Zikr. Sumbangan wakalah zakat telah diserahkan oleh YM Raja Ahmad Shahrir Iskandar Bin Raja Salim, Ketua Pegawai Eksekutif kepada Encik Mohamad Syamsul Ridhuan Masri, Pengerusi Akademi Huffaz Az Zikr.

Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) telah melabur kepada syarikat pemula (start-up company), iMotorbike World Sdn Bhd (iMotorbike), platform motosikal terkemuka Asia Tenggara bagi pembelian dan penjualan motosikal terpakai. Pelaburan ini adalah kendalian anak syarikat PNSB, PNSB Innovation Ventures Sdn Bhd yang bertanggungjawab menguruskan inisiatif pelaburan modal teroka bagi pihak PNSB.

Pada 15 Mac 2024, iMotorbike telah mengorak langkah baharu dalam pengembangannya dengan majlis pembukaan rasmi ruang pameran baharunya di Glenmarie, Shah Alam. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Amirudin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor.

PNSB turut menghubungkan iMotorbike dengan Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Selangor (STDC) untuk meneroka peluang kerjasama bersama. Pada majlis yang sama, iMotorbike turut menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani antara iMotorbike dengan STDC bagi memperkasakan pendidikan dan pembangunan belia Selangor.

YM Raja Ahmad Shahrir Iskandar, Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) telah hadir dan menyaksikan majlis tersebut. Turut hadir Tuan Haji Ts. Saipolyazan bin M Yusop, Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan); Encik Nazri bin Noh, Pengerusi STDC dan pengasas bersama iMotorbike, Gil Carmo dengan Sharmeen Looi.

Facebook
Twitter
WhatsApp
LinkedIn
Telegram