Berita

Berita

Majlis Perasmian Ibu Pejabat iMotorbike World Sdn Bhd Dan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Antara iMotorbike Dengan STDC

Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) melalui Kelab Kebajikan PNSB telah melawat Surau At-Taqwa, Bukit Bandaraya Shah Alam pada 15hb Mac 2022 bagi menyerahkan wang sumbangan Wakalah Agihan Zakat.

PNSB telah menyumbang RM5,000.00 bagi menggantikan pagar di Surau At-Taqwa. Turut diserahkan adalah wang sumbangan zakat bagi membina Masjid Bukit Bandaraya U11 Shah Alam berjumlah RM10,000.

Cek sumbangan telah diserahkan oleh Encik Yousman Yaakub, Pengerusi Kelab Kebajikan PNSB kepada Tuan Haji Ibrahim bin A. Hamid, Timbalan Pengerusi Surau At-Taqwa BBSA dan Tuan Haji Ibrahim bin Ishak, Setiausaha Penaja Pembinaan Kompleks Masjid Bukit Bandaraya U11 Shah Alam.

Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) telah melabur kepada syarikat pemula (start-up company), iMotorbike World Sdn Bhd (iMotorbike), platform motosikal terkemuka Asia Tenggara bagi pembelian dan penjualan motosikal terpakai. Pelaburan ini adalah kendalian anak syarikat PNSB, PNSB Innovation Ventures Sdn Bhd yang bertanggungjawab menguruskan inisiatif pelaburan modal teroka bagi pihak PNSB.

Pada 15 Mac 2024, iMotorbike telah mengorak langkah baharu dalam pengembangannya dengan majlis pembukaan rasmi ruang pameran baharunya di Glenmarie, Shah Alam. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Amirudin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor.

PNSB turut menghubungkan iMotorbike dengan Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Selangor (STDC) untuk meneroka peluang kerjasama bersama. Pada majlis yang sama, iMotorbike turut menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani antara iMotorbike dengan STDC bagi memperkasakan pendidikan dan pembangunan belia Selangor.

YM Raja Ahmad Shahrir Iskandar, Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) telah hadir dan menyaksikan majlis tersebut. Turut hadir Tuan Haji Ts. Saipolyazan bin M Yusop, Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan); Encik Nazri bin Noh, Pengerusi STDC dan pengasas bersama iMotorbike, Gil Carmo dengan Sharmeen Looi.

Facebook
Twitter
WhatsApp
LinkedIn
Telegram