Berita

Berita

Majlis Perasmian Ibu Pejabat iMotorbike World Sdn Bhd Dan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Antara iMotorbike Dengan STDC

Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) telah menganjurkan Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Reka Bentuk Cadangan Pembangunan Kompleks Kerajaan Dan GLC Selangor Serta Komponen Komersial Di Seksyen 5, Shah Alam di Plenary Hall, Shah Alam Convention Centre pada 1 Mac 2021.

Pertandingan reka bentuk ini bermatlamat untuk mendapatkan konsep rekaan bagi pembangunan Kompleks GLC Selangor serta Komponen Komersial di Seksyen 5, Shah Alam.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Y.A.B. Dato’ Seri Amirudin bin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor. Turut berucap pada majlis penyampaian ini adalah Y.M. Raja Ahmad Shahrir Iskandar bin Raja Salim, Ketua Pegawai Eksekutif PNSB.

Majlis dihadiri dan disaksikan oleh Y.B. Dato’ Haji Haris bin Kasim (Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor) dan Y.B. Dr. Ahmad Fadzli bin Ahmad Tajuddin (Pegawai Kewangan Negeri). Turut hadir Y.B. Tuan V. Ganabatirau (Exco Kerajaan Negeri).

Pertandingan ini telah disertai oleh tiga (3) syarikat dengan pendaftaran Lembaga Arikitek Malaysia (LAM) serta keanggotaan Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM) yang sah iaitu AJC Planning Consultants Sdn. Bhd., AY Architecture Sdn Bhd dan GDP Architects Sdn. Bhd. serta satu (1) entiti institusi iaitu Fakulti Senibina Perancangan & Ukur (FSPU), Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Pertandingan ini dimenangi oleh syarikat AJC Planning Consultants Sdn Bhd yang membawa pulang wang tunai RM50,000.

Tempat kedua dimenangi GDP Architects Sdn Bhd dan tempat ketiga dimenangi Fakulti Senibina Perancangan dan Ukur (FSPU), Universiti Teknologi Mara (UiTM), manakala AY Architecture menerima hadiah sebutan honorari.

Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) telah melabur kepada syarikat pemula (start-up company), iMotorbike World Sdn Bhd (iMotorbike), platform motosikal terkemuka Asia Tenggara bagi pembelian dan penjualan motosikal terpakai. Pelaburan ini adalah kendalian anak syarikat PNSB, PNSB Innovation Ventures Sdn Bhd yang bertanggungjawab menguruskan inisiatif pelaburan modal teroka bagi pihak PNSB.

Pada 15 Mac 2024, iMotorbike telah mengorak langkah baharu dalam pengembangannya dengan majlis pembukaan rasmi ruang pameran baharunya di Glenmarie, Shah Alam. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Amirudin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor.

PNSB turut menghubungkan iMotorbike dengan Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Selangor (STDC) untuk meneroka peluang kerjasama bersama. Pada majlis yang sama, iMotorbike turut menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani antara iMotorbike dengan STDC bagi memperkasakan pendidikan dan pembangunan belia Selangor.

YM Raja Ahmad Shahrir Iskandar, Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) telah hadir dan menyaksikan majlis tersebut. Turut hadir Tuan Haji Ts. Saipolyazan bin M Yusop, Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan); Encik Nazri bin Noh, Pengerusi STDC dan pengasas bersama iMotorbike, Gil Carmo dengan Sharmeen Looi.

Facebook
Twitter
WhatsApp
LinkedIn
Telegram