Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) telah menyumbang RM150,000.00 kepada Majlis Sukan Negeri Selangor sebagai penajaan bagi menyokong usaha penganjuran Kejohanan Selangor Badminton Asia Team Championships 2022 yang diadakan dari 15 – 20 Februari 2022 bertempat di Setia City Convention Centre, Shah Alam, Selangor.
Sebanyak 8 buah negara termasuk Malaysia, Indonesia, Hong Kong, Kazakhstan, India, Jepun, Korea Selatan dan Singapura bertanding dalam kejohanan badminton antarabangsa ini.
Pemain badminton terbaik di Asia akan berentap dalam Kejohanan Berpasukan Badminton Asia pada tahun ini. Ia akan berfungsi sebagai kelayakan Asia untuk Piala Thomas & Uber 2022, yang akan dihoskan di Bangkok, Thailand pada Mei 2022.



