Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) bersama-sama dengan anak-anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor di bawah Kumpulan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) telah menyumbang kepada Tabung Ikhtiar Selangor Bangkit bagi membantu mangsa banjir yang telah melanda tempoh hari. Majlis Pelancaran Tabung Ikhtiar Selangor Bangkit telah diadakan pada pada 27 Disember 2021 bertempat di Foyer Bangunan SUK Selangor. Majlis Pelancaran Tabung tersebut telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Amirudin bin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor. Turut hadir pada majlis tersebut adalah YAB Dato Seri Muhammad Sanusi bin Md Nor, Menteri Besar Kedah. Kerajaan Negeri Kedah turut menyumbang RM200,000.00 kepada Tabung Ikhtiar Selangor Bangkit. Jumlah sumbangan terkumpul bagi anak-anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor untuk Tabung Ikhtiar Selangor Bangkit adalah sebanyak RM1,301,510.00




