Berita

Berita

Majlis Perasmian Ibu Pejabat iMotorbike World Sdn Bhd Dan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Antara iMotorbike Dengan STDC

Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) telah mengadakan Tabung Kutipan Derma untuk disumbangkan kepada mangsa banjir yang melanda tempoh hari. PNSB telah menyumbangkan wang kutipan sumbangan tersebut kepada Program Dapur Ehsan yang diterajui oleh Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS).

 

Wang Sumbangan Tabung Kutipan Warga Kerja PNSB berjumlah RM2,500.00 telah diserahkan oleh YM Raja Ahmad Shahrir Iskandar bin Raja Salim, Ketua Pegawai Eksekutif PNSB kepada Dr. Mohamad Khairil bin Mohamad Razi, Ketua Pegawai Eksekutif PKPS, disaksikan oleh YABhg Datin Seri Masdiana Muhamad, YDP PEKAWANIS. Penyerahan sumbangan telah diadakan pada jam 11 pagi tadi bertempat di Dapur Ehsan @ Kediaman Rasmi Dato’ Menteri Besar Selangor.

 

Wang sumbangan ini akan digunakan oleh Program Dapur Ehsan kelolaan PKPS untuk membeli bahan masakan bagi penyediaan masakan panas untuk diagihkan kepada penduduk yang terkesan dengan bencana banjir di beberapa lokasi di sekitar Shah Alam.

Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) telah melabur kepada syarikat pemula (start-up company), iMotorbike World Sdn Bhd (iMotorbike), platform motosikal terkemuka Asia Tenggara bagi pembelian dan penjualan motosikal terpakai. Pelaburan ini adalah kendalian anak syarikat PNSB, PNSB Innovation Ventures Sdn Bhd yang bertanggungjawab menguruskan inisiatif pelaburan modal teroka bagi pihak PNSB.

Pada 15 Mac 2024, iMotorbike telah mengorak langkah baharu dalam pengembangannya dengan majlis pembukaan rasmi ruang pameran baharunya di Glenmarie, Shah Alam. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Amirudin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor.

PNSB turut menghubungkan iMotorbike dengan Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Selangor (STDC) untuk meneroka peluang kerjasama bersama. Pada majlis yang sama, iMotorbike turut menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani antara iMotorbike dengan STDC bagi memperkasakan pendidikan dan pembangunan belia Selangor.

YM Raja Ahmad Shahrir Iskandar, Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) telah hadir dan menyaksikan majlis tersebut. Turut hadir Tuan Haji Ts. Saipolyazan bin M Yusop, Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan); Encik Nazri bin Noh, Pengerusi STDC dan pengasas bersama iMotorbike, Gil Carmo dengan Sharmeen Looi.

Facebook
Twitter
WhatsApp
LinkedIn
Telegram