YM Raja Ahmad Shahrir Iskandar bin Raja Salim, Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) telah melawat beberapa rumah kakitangan PNSB yang terjejas akibat bencana banjir yang melanda tempoh hari. Turut serta, En. Yousman bin Yaakub, Pengerusi Kelab Kebajikan PNSB dan wakil-wakil kelab juga menolong membersihkan rumah kakitangan PNSB di Rantau Panjang, Sungai Kapar Indah dan Meru, Klang serta di Shah Alam.
Kelab Kebajikan PNSB juga turut menyalurkan bantuan makanan kepada kakitangan yang terjejas akibat bencana ini.









