Tanggungjawab Sosial Korporat

Tanggungjawab Sosial Korporat

KUALA LUMPUR

Untuk mencapai wawasan PNSB, iaitu meningkatkan pelaburan dan memperkasakan sosioekonomi negeri Selangor, ia sedar bahawa Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) adalah tunggak utama untuk merealisasikan matlamat tersebut. Selaku warga korporat yang prihatin dan bertanggungjawab, PNSB sentiasa bersedia untuk menghulurkan bantuan dan menangani isu-isu yang dihadapi oleh masyarakat setempat. Dari tahun ke tahun, PNSB telah menolong dan bantu mereka yang memerlukan menerusi pelbagai program dan sumbangan.

Majlis Perasmian Inisiatif Selangor Freelance

PERMODALAN Negeri Selangor Berhad (PNSB) dengan kerjasama rakan teknologi untuk pelaksanaan Inisiatif Selangor Freelance, Workana telah menganjurkan Majlis Perasmian Inisiatif Selangor Freelance di Wyndham Acmar Klang Hotel pada 28 Oktober 2021.

Inisiatif Selangor Freelance merupakan sebahagian daripada Agenda Digitalisasi Selangor dan dilaksanakan oleh PNSB sebagai program tanggung-jawab sosial korporat (CSR) kepada warga Selangor.

Inisiatif ini bakal memberi peluang menjana pendapatan buat warga Selangor yang berkemahiran melalui peluang pekerjaan ‘freelance’ secara digital yang boleh dilakukan secara ‘remote working’. Inisiatif ini akan memberi bantuan latihan serta insentif kepada peserta untuk meneroka peluang pekerjaan secara dalam talian.

Perasmian Inisiatif Selangor telah disempurnakan oleh YAB. Dato’ Seri Amirudin bin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor. Turut berucap pada majlis perasmian ini adalah Y.M. Raja Ahmad Shahrir Iskandar bin Raja Salim, Ketua Pegawai Eksekutif PNSB dan Tuan Alejandro Kikuchi, Ketua Pasaran Asia bagi Workana.

Majlis dihadiri dan disaksikan oleh T.Y.T. Manuel Jose Balaguer Salas (Duta Besar Republic Argentina ke Malaysia), Y.B. Dato’ Salim Bin Soib @ Hamid (Penasihat Undang-undang Negeri), Y.B. Dato’ Haji Haris bin Kasim (Pegawai Kewangan Negeri), dan Y.B. Tuan V. Ganabatirau (Exco Kerajaan Negeri).

Turut hadir, Y.Bhg. Puan Hajjah Norita binti Mohd Sidek, Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI) dan Y.Bhg. Dato’ Hasan Azhari Bin Hj. Idris Ketua Pegawai Eksekutif Invest Selangor Berhad.

Layari laman: selangor.workana.com

Liputan media:

  1. https://www.sinarharian.com.my/article/169273/EDISI/5000-peluang-pekerjaan-di-bawah-Inisiatif-Selangor-Freelance
  2. Selangor Freelance sedia 5,000 peluang latihan kerja bebas – YouTube
Facebook
WhatsApp
Twitter
LinkedIn
Telegram