Tanggungjawab Sosial Korporat

Tanggungjawab Sosial Korporat

KUALA LUMPUR

Untuk mencapai wawasan PNSB, iaitu meningkatkan pelaburan dan memperkasakan sosioekonomi negeri Selangor, ia sedar bahawa Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) adalah tunggak utama untuk merealisasikan matlamat tersebut. Selaku warga korporat yang prihatin dan bertanggungjawab, PNSB sentiasa bersedia untuk menghulurkan bantuan dan menangani isu-isu yang dihadapi oleh masyarakat setempat. Dari tahun ke tahun, PNSB telah menolong dan bantu mereka yang memerlukan menerusi pelbagai program dan sumbangan.

Agihan #Kotakbasah Kepada Penduduk Positif Covid-19 Dan Warga Asnaf Yang Kehilangan Pekerjaan

Pemberian baki 100 kotak basah sumbangan PNSB telah diagihkan kepada penerima pada 28 Julai 2021.

Sebanyak 50 kotak basah telah diedarkan kepada penduduk yang tinggal di Pangsapuri Ken Rimba, Seksyen 16, Shah Alam. Penerima-penerima di sini adalah penduduk yang positive COVID-19 dan sedang kuarantin kendiri di rumah.

Sebanyak 50 kotak basah turut diedarkan kepada warga Asnaf di kawasan sekitar Subang Bestari yang terputus bekalan makanan akibat kehilangan pekerjaan.

Facebook
WhatsApp
Twitter
LinkedIn
Telegram