Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) telah menyumbang RM20,000.00 kepada Safina Food Sdn. Bhd. bagi menyokong usaha program agihan bantuan makanan melalui Inisiatif #Kotakbasah.
Inisiatif #kotakbasah yang dijalankan oleh Safina Food Sdn. Bhd. ini bertujuan membantu rakyat negeri Selangor yang tergolong dalam kategori B40 dan tidak berkemampuan akibat dari kesan penutupan pelbagai sektor ekonomi akibat pandemik Covid-19.
Sumbangan PNSB telah diserahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PNSB, Y.M. Raja Ahmad Shahrir Iskandar bin Raja Salim kepada Ketua Pegawai Eksekutif Safina Food Sdn. Bhd., Puan Safinas binti Abd Samad.
Sebanyak 100 kotak basah telah diserahkan kepada 100 penerima dalam kategori B40 yang telah dikenalpasti oleh Safina Food Sdn. Bhd. dengan bantuan Ketua Kampung Kg. Melayu Subang, Shah Alam pada 26 Julai 2021.
Baki 100 kotak basah akan diagihkan pada 28 Julai di Padang Jawa dan Subang Bestari, Shah Alam. Setiap kotak basah yang diagihkan mengandungi pelbagai keperluan barang basah antaranya daging/ikan, telur ayam, sayur-sayuran dan lain-lain.





