DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah berkenan menerima zakat perniagaan daripada Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) yang telah diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, YM Raja Ahmad Shahrir Iskandar Bin Raja Salim.
Majlis Penyerahan Zakat telah diadakan di Masjid Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong, Shah Alam pada 2 Mei 2021 bersamaan dengan 20 Ramadhan 1442H. Turut sama hadir mengiringi baginda pada majlis tersebut ialah Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin bin Shari serta Ahli-ahli Dewan Diraja Selangor.




