Berita

Berita

Majlis Perasmian Ibu Pejabat iMotorbike World Sdn Bhd Dan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Antara iMotorbike Dengan STDC

Permodalan Negeri Selangor Berhad telah menganjurkan Majlis Pelancaran Platform Selangor (PLATS) 2.0 – Selangor E-Kitchen & E-Pembekalan Peruncit Mikro Dan Kecil yang diadakan pada hari Ahad, 11 April 2021.

Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh YAB. Dato’ Seri Amirudin bin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor. Turut hadir di majlis tersebut, YB. William Leong Jee Keen, Ahli Parlimen Selayang, YB. Mohd Sany bin Hamzan, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Taman Templer, YBrs. Tuan Shukri bin Mohamad Hamin, Pegawai Daerah Gombak dan pihak pengurusan Permodalan Negeri Selangor Berhad serta wakil-wakil media.

Majlis diadakan sebagai hebahan umum mengenai Inisiatif Kerajaan Negeri Selangor di bawah Pakej Kita Selangor. Antara pengisian Majlis Pelancaran ini adalah lawatan YAB. Dato Menteri Besar Selangor ke gerai-gerai penjaja dan peniaga di kawasan Tapak Parkir, Stadium MPS Selayang.

Dato’ Seri Amirudin dalam ucapan pelancaran beliau telah berkata bahawa Inisiatif ini akan memberi banyak kebaikan dan manfaat kepada kelompok B40 dan juga warga emas yang menjalankan perniagaan. Objektif utama PLATS ialah sebagai direktori utama bagi semua peniaga, penjaja serta PKS mikro di Selangor ini di bawah satu platform. PLATS dibangunkan untuk menggerakkan ekonomi penjaja, peniaga serta PKS mikro di Selangor dengan penyediaan lokasi maya/ ‘virtual’ secara percuma kepada semua yang berdaftar dan menjalankan perniagaan secara atas talian.

Pelaksanaan PLATS 2.0 akan turut melibatkan kolaborasi dengan Grab Express untuk menyediakan perkhidmatan penghantaran yang boleh diguna pakai oleh para penjaja dan peniaga. Ekosistem untuk Agenda Digitalisasi Selangor Kini diperkasakan lagi melalui wadah Platform Selangor dan Rakan Digital Selangor yang diterajui oleh PNSB sebagai agensi pelaksana.

Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) telah melabur kepada syarikat pemula (start-up company), iMotorbike World Sdn Bhd (iMotorbike), platform motosikal terkemuka Asia Tenggara bagi pembelian dan penjualan motosikal terpakai. Pelaburan ini adalah kendalian anak syarikat PNSB, PNSB Innovation Ventures Sdn Bhd yang bertanggungjawab menguruskan inisiatif pelaburan modal teroka bagi pihak PNSB.

Pada 15 Mac 2024, iMotorbike telah mengorak langkah baharu dalam pengembangannya dengan majlis pembukaan rasmi ruang pameran baharunya di Glenmarie, Shah Alam. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Amirudin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor.

PNSB turut menghubungkan iMotorbike dengan Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Selangor (STDC) untuk meneroka peluang kerjasama bersama. Pada majlis yang sama, iMotorbike turut menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani antara iMotorbike dengan STDC bagi memperkasakan pendidikan dan pembangunan belia Selangor.

YM Raja Ahmad Shahrir Iskandar, Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) telah hadir dan menyaksikan majlis tersebut. Turut hadir Tuan Haji Ts. Saipolyazan bin M Yusop, Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan); Encik Nazri bin Noh, Pengerusi STDC dan pengasas bersama iMotorbike, Gil Carmo dengan Sharmeen Looi.

Facebook
Twitter
WhatsApp
LinkedIn
Telegram