Majlis Pelancaran Identiti Korporat Baharu PNSB
SHAH ALAM, 31 MAC 2026 – Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) hari ini secara rasmi melancarkan identiti korporat baharunya sebagai simbol transformasi hala tuju dan kematangan organisasi dalam memacu pembangunan ekonomi Negeri Selangor. Majlis pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Amirudin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor, bertempat di Pusat Konvensyen MBSA, Shah Alam. Pelancaran identiti baharu ini menandakan kesediaan PNSB untuk melangkah lebih jauh sebagai salah satu pemacu utama kecemerlangan di bawah kerangka Rancangan Selangor Kedua (RS2) bagi tempoh 2026 hingga 2030.









