Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) telah menyumbang RM16,400.00 kepada keluarga Encik Balakrishnan untuk bantuan untuk membaik pulih rumah keluarga mereka di Hulu Selangor yang rosak akibat kebakaran yang berlaku pada September 2023.
Sumbangan telah diserahkan oleh YBhg Dato’ Haji Zamri bin Haji Ahmad, Ketua Bahagian Perancangan dan Operasi PNSB kepada En Sathiswaran A/L Balakrishnan bertempat di Pejabat PNSB.

Melalui sumbangan ini, pihak keluarga En Sathiswaran telah melaksanakan kerja-kerja pembaikan rumah yang terjejas akibat bencana kebakaran ini.