Sesi Sidang Media Selangor International Junior Golf Championship (SIJGC) 2026 dan PKNS Selangor Masters 2026 telah berlangsung di Kelab Golf Seri Selangor pada 28 Januari 2026.

Majlis turut dihadiri oleh YAB Dato’ Seri Amirudin bin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor, yang memberikan pandangan berkaitan hala tuju penganjuran kejohanan golf dan pembangunan sukan di Selangor.

PNSB diwakili oleh YM Raja Ahmad Shahrir Iskandar bin Raja Salim, Ketua Pegawai Eksekutif, dan Encik Mohamad Nizam bin Haji Yaacob, Setiausaha Syarikat/ Pengurus Besar Korporat. Pada majlis tersebut, PNSB telah menyampaikan mock cheque sumbangan tajaan berjumlah RM150,000.00 secara simbolik kepada YB Dato’ Dr. Ahmad Fadzli bin Ahmad Tajuddin, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor selaku Pengerusi Jawatankuasa Penganjur.

Melalui sumbangan ini, PNSB menyokong usaha pembangunan sukan golf dengan memberi penekanan kepada pembangunan bakat baharu serta penganjuran kejohanan bertaraf antarabangsa di Selangor.