Pada 23 Ogos 2025 bertempat di Bagan Nakhoda Omar Sabak Bernam telah berlangsungnya Program Tanggungjawab Sosial (CSR) Lestari Alam anjuran Permodalan Negeri Selangor Berhad dengan kerjasama Majlis Daerah Sabak Bernam, Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam, Jabatan Perhutanan, KUISCELL, Ketua Kampung dan Penghulu Bagan Nakhoda Omar

Para peserta telah berjaya menanam sebanyak 300 pokok bakau kurap atau nama saintifiknya Rhizophora Mucronata dengan bantuan dan kelolaan daripada pihak Jabatan Perhutanan

Semoga aktiviti sebegini dapat diteruskan demi generasi yang akan datang