Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) telah menyumbang 7 unit komputer ‘desktop’ kepada Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) bagi penambahan peranti Projek Pinjaman Laptop & Desktop.

Penyerahan sumbangan tersebut telah disempurnakan oleh En Khalid b Abdullah, Pengurus Besar Sumber Manusia dan Pentadbiran PNSB kepada En Norazhan b Sahlan, Ketua Khidmat Pengurusan PPAS pada 4 Julai 2024.

PNSB merupakan agensi kerajaan Negeri Selangor yang Pertama memberikan sumbangan sebegini kepada PPAS.