Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) telah menyumbang RM100,000.00 untuk penganjuran Pertandingan Bola Sepak Piala Sultan Selangor – ‘The Sultan of Selangor’s Cup’ (TSSC) Tahun 2025.

Cek cura simbolik sumbangan penajaan PNSB telah diserahkan oleh YM Raja Ahmad Shahrir Iskandar bin Raja Salim, Ketua Pegawai Eksekutif PNSB kepada DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj pada 28 Ogos 2025 bertempat di Istana Alam Shah, Klang sempena Majlis High Tea The Sultan of Selangor’s Cup Edisi ke-21 Tahun 2025.

Kejohanan Edisi ke-21 untuk penganjuran Piala TSSC akan menyaksikan perlawanan pasukan veteran dan juga pasukan bola sepak pilihan Selangor menentang Singapura yang akan dijadualkan berlangsung pada 27 September 2025 di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.