KUNJUNGAN HORMAT KE PEJABAT YB SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR DAN PENYERAHAN SUMBANGAN KEPADA KELAB GOLF SRI MORIB

Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) telah mengadakan kunjungan hormat ke pejabat YB Dato’ Dr. Ahmad Fadzli Bin Ahmad Tajuddin, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor pada 24 Julai 2025. Kunjungan delegasi PNSB telah diketuai oleh YM Raja Ahmad Shahrir Iskandar bin Raja Salim, Ketua Pegawai Eksekutif dan turut disertai oleh pegawai pengurusan kanan, ketua-ketua jabatan PNSB dan anak-anak syarikat.

PNSB turut menyampaikan sumbangan tanggungjawab sosial korporat untuk Kelab Golf Sri Morib (KGSM) semasa kunjungan hormat tersebut. Penyerahan sumbangan telah disempurnakan oleh YM Raja Ahmad Shahrir Iskandar kepada YM Tengku Rohana Binti Tengku Nawawi, Pegawai Daerah Kuala Langat merangkap Naib Presiden KGSM dan disaksikan oleh YB Dato’ Dr. Ahmad Fadzli yang juga merupakan Presiden KGSM. Sumbangan PNSB kepada KGSM adalah bagi menampung kos pengurusan dan penyelenggaraan padang golf oleh KGSM.