Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) telah menjadi rakan strategik bagi penganjuran Pesta Buku Antarabangsa Selangor 2023 (Selangor International Book Fair 2023– SIBF 2023) yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Selangor melalui Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS). SIBF 2023 berlangsung selama 10 hari dari 1 hingga 10 Disember 2023 bertempat di Pusat Konvensyen MBSA, Shah Alam yang telah menarik kunjungan seramai 250,000 orang.
Majlis Penghargaan Penaja telah diadakan semasa Majlis Perasmian Penutup Pesta Buku Antarabangsa Selangor yang telah disempurnakan oleh YB Tuan Mohd Najwan bin Halimi, EXCO Belia, Sukan & Keusahawanan yang mewakili YAB Dato’ Menteri Besar Selangor.

PNSB telah diwakili oleh YBhg Dato’ Haji Zamri bin Ahmad, Ketua Bahagian Perancangan dan Operasi di Majlis Penyampaian Simbolik Sumbangan Penajaan. PNSB turut menyumbang kepada PPAS untuk penganjuran pesta buku antarabangsa ini.
Turut hadir, YBhg Dato’ Johary bin Anuar, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (Pembangunan) merangkap Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN); YBrs Tuan Dr. Maszlee bin Malik, Timbalan Pengerusi PPAS; YBhg Datin Paduka Mastura Hj Muhamad, Pengarah PPAS dan YBrs Tuan Mohd Khair bin Ngadiron, Pengarah Majlis Buku Kebangsaan.
