Penyampaian Van Jenazah oleh Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) melalui Wakalah Zakat PNSB kepada Masjid Inayatur Rahman, Batu Laut, Kuala Langat telah berlangsung pada 16 Januari 2026, jam 2.00 petang. Majlis ini telah disempurnakan oleh Ahli Lembaga Pengarah PNSB, YB Datuk Borhan bin Aman Shah sebagai sebahagian daripada inisiatif kebajikan PNSB.

Semoga sumbangan ini dapat memudahkan urusan pengurusan jenazah serta memberi manfaat berpanjangan kepada masyarakat setempat dan menjadi asbab kebaikan buat semua pihak.
