SHAH ALAM, 10 Mac 2026 – Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) secara rasminya telah menunaikan kewajipan zakat perniagaan bagi tahun 2025 berjumlah RM1.3 juta kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS).

D.Y.M.M. Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj telah berkenan menerima bayaran zakat tersebut yang diserahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PNSB, YM Raja Ahmad Shahrir Iskandar bin Raja Salim. Majlis penyerahan ini berlangsung sempena Majlis Ihya’ Ramadhan 1447H bertempat di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, Shah Alam.

Dalam majlis yang sama, D.Y.M.M. Sultan Selangor turut berkenan menyampaikan sumbangan Hari Raya kepada asnaf fakir dan miskin yang diraikan.
