DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj telah berkenan menerima zakat perniagaan daripada Permodalan Negeri Selangor Berhad yang diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, YM Raja Ahmad Shahrir Iskandar bin Raja Salim di Majlis Berbuka Puasa (Ihya Ramadan) DYMM Sultan Selangor Bersama Rakyat di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam Shah Alam, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor pada Isnin, 3 Mac 2025 bersamaan dengan 2 Ramadan 1446H.

Turut sama hadir mengiringi baginda pada majlis tersebut, Dato’ Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Amirudin bin Shari; Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, YB Dato’ Dr. Ahmad Fadzli Bin Ahmad Tajuddin; Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), YAD Senator Dato’ Setia Haji Salehuddin Bin Saidin dan YB Tuan Dr. Mohammad Fahmi Bin Ngah, EXCO Agama Islam & Pembudayaan Inovasi.

Pada majlis tersebut, DYMM Sultan Sharafuddin turut menyampaikan sumbangan hari raya kepada seramai lebih 400 orang asnaf fakir dan asnaf mualaf.