Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) telah menyumbang Van Jenazah kepada Masjid Jamiul Hasaniah, Kg. Batu 3, Kapar, Klang untuk kegunaan ahli kariah dan penduduk sekitarnya.

Majlis Penyerahan Van Jenazah sumbangan PNSB kepada Masjid Jamiul Hasaniah telah diadakan pada hari Jumaat, 16 Februari 2024, jam 12.30 tengah hari di Masjid Jamiul Hasaniah.

Penyerahan telah disempurnakan oleh Y.M. Raja Ahmad Shahrir Iskandar Bin Raja Salim, Ketua Pegawai Eksekutif PNSB yang telah menyerahkan sumbangan van jenazah tersebut kepada Encik Akmal bin Auzai, Nazir Masjid Jamiul Hasaniah.
