SHAH ALAM, 17 Mac 2026 – Majlis Perutusan Hari Raya Aidilfitri oleh YM Raja Ahmad Shahrir Iskandar Ketua Pegawai Eksekutif (KPE) PNSB telah berlangsung di Pejabat PNSB dalam suasana meriah dan penuh kemesraan. Dalam ucapannya, beliau merakamkan penghargaan kepada seluruh warga kerja atas komitmen dan usaha berterusan dalam memacu kejayaan syarikat.

Majlis turut dimeriahkan lagi dengan penyampaian duit raya oleh YM KPE sebagai tanda penghargaan dan berkongsi kegembiraan sempena Aidilfitri. Inisiatif ini mencerminkan semangat kebersamaan serta keprihatinan syarikat terhadap warga kerja.

Semoga sambutan ini terus mengeratkan hubungan dan membawa semangat positif untuk terus melangkah maju bersama.
