KUALA LUMPUR, 6 MAC 2026 – Majlis Menandatangani Perjanjian bagi projek Golf Course Rejuvenation & Land Development Partnership in Morib telah berlangsung di HEMISFERA Luxury Sky Hall, Menara Kuala Lumpur.

Majlis ini melibatkan kerjasama strategik antara Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB), Seriemas Development Sdn Bhd, Seriemas Resort Sdn Bhd, LSH Best Builders Sdn Bhd dan Besteel Engtech Sdn Bhd dalam merealisasikan pembangunan semula padang golf serta pembangunan tanah di Morib.

Majlis menandatangani tiga perjanjian utama iaitu Development Rights Agreement, Lease Agreement Land 1 dan Lease Agreement Land 2 yang melibatkan pihak-pihak berkepentingan.

Kerjasama strategik ini mencerminkan komitmen semua pihak dalam memperkukuh pembangunan hartanah dan pelancongan di Morib, sekali gus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi serta pembangunan mampan di Negeri Selangor.