Hubungi Kami Utama

Jawatan Kosong

Permodalan Negeri Selangor Berhad telah berkembang dalam memenuhi cabaran dan tuntutan ekonomi . Dalam usaha memperluaskan operasi perniagaan, PNSB mementingkan tenaga kerja sebagai sebahagian tulang belakang untuk mencapai misi dan visinya.

Pemandu (1 Kekosongan)

Skop Kerja:


- Memandu kenderaan bagi Ketua Pegawai Kewangan.
- Memastikan kenderaan dan peralatan di bawah jagaan yang baik, bersih setiap masa.
- Bertanggungjawab menjaga keselamatan kenderaan.
- Bertanggungjawab mengemaskini buku Log kenderaan dan menghantar kenderaan ke bengkel untuk pemeriksaan dan selenggara.
- Bertanggungjawab mematuhi undang-undang jalan raya.
- Melaksanakan tugas-tugas rasmi lain yang diarahkan oleh pegawai dari masa ke semasa.

Syarat-syarat :


- Mempunyai pengalaman dalam bidang yang berkaitan adalah satu kelebihan.
- Minima mempunyai SPM.
- Mempunyai lesen memandu kelas D.
- Calon yang tinggal sekitar Kajang Selangor akan diberi keutamaan.

Jabatan Sumber Manusia & Pentadbiran
Permodalan Negeri Selangor Berhad
Tingkat 25, Wisma MBSA, Persiaran Perbandaran
40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

Closing date: 19 May 2017
Email to: nurulhuda@pnsb.com.my

[ 1 ]