Hubungi Kami Utama

Program Khas Perumahan Kos Rendah PNSB,Taman Alam Indah, Klang

Program Khas Perumahan Kos Rendah ini dilaksanakan khusus untuk mencapai matlamat utama menambahkan kadar pertumbuhan ekonomi negara. Di samping itu, ianya juga bertujuan mewujudkan peluang-peluang pekerjaan dan menyediakan kemudahan perumahan untuk rakyat berpendapatan rendah.

PNSB turut membangunkan perumahan kos rendah melalui Program Khas Perumahan Kos Rendah (PKPKR) Setiausaha Kerajaan Selangor (Perbadanan) (PSKS) melalui projek-projek tersebut.

Taman Alam Indah mempunyai 50 unit rumah teres kos sederhana. 57 unit lagi adalah kini dalam pembinaan dan projek ini adalah usahasama bersama Jiwa Property Sdn Bhd di atas Lot 2208 Mukim Klang.

Lokasi
• Berdekatan Lebuhraya NKVE, LDP, KESAS dan ELITE
• Berhampiran dengan komuniti di sekitar Puchong, Klang dan USJ Subang
• Berdekatan plaza tol Seri Muda
Kemudahan
• Kafe
• Restoran
• Bengkel Kenderaan
• Sekolah
• Kedai
Taman Perepat Indah >