Hubungi Kami Utama

Sidang Akhbar Penjualan Tanah Di Antara Dijaya Corporation Berhad Dan Permodalan Negeri Selangor Berhad (Pnsb)

Khamis, 18 April 2013, Petaling Jaya.

Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) dengan kerjasama Dijaya Corporation Berhad telah menganjurkan sidang akhbar penjualan tanah di antara Dijaya Corporation Berhad dan PNSB bertempat di Tropicana Golf & Country Club, Petaling Jaya. Hadir bagi menyempurnakan sidang akhbar, YBhg. Dato’ Haji Ahmad Bin Omar (Ketua Pegawai Eksekutif, PNSB) dan YBhg Datuk Yau Kok Seng (Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Dijaya Corporation Berhad). Di sidang akhbar tersebut, Y.Bhg. Dato’ Haji Ahmad Bin Omar telah mengatakan bahawa PNSB gembira dengan melaksanakan perkongsian pintar ataupun Smart Partnership bersama Dijaya Corporation Berhad, merupakan sebuah organisasi yang telah berjaya menguruskan pelbagai bidang perniagaan dengan skala yang besar dan positif. Turut beliau lagi ”PNSB yakin hasil perolehan dan pendapatan masyarakat akan bertambah dalam tempoh masa 15-20 tahun akan datang dengan nilai pembangunan kasar (GDV) dianggarkan sebanyak RM20 bilion”.