Hubungi Kami Utama

Majlis Pecah Tanah Pembangunan Perumahan Bercampur Dan Pusat R&R, Ladang Air Manis, Panchang Bedena, Sabak Bernam

Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) telah menganjurkan Majlis Pecah Tanah Pembangunan Perumahan Bercampur dan Pusat Rehat & Rawat (R&R) Ladang Air Manis bertempat di Tapak Projek Ladang Air Manis, Panchang Bedena, Sabak Bernam, Selangor Darul Ehsan pada 26 Mac 2013 (Selasa), 9.30 pagi. Seramai 700 jemputan serta orang ramai telah hadir bagi menyaksikan acara simbolik pecah tanah projek yang telah disempurnakan oleh Y.A.B. Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid bin Ibrahim, Dato’ Menteri Besar Selangor. Antara pembangunan yang dirancang untuk dibangunkan ialah 480 unit Rumah Mampu Milik (RMM), rumah teres 2 tingkat kos sederhana manakala rumah kos sederhana rendah dan rumah kos rendah akan dibangunkan berkonsepkan ’townhouse’. Selain daripada itu, kedai pejabat 3 tingkat dan plot komersial juga akan dibangunkan. Kemudahan-kemudahan awam yang telah dirancang untuk dibina di tanah ini meliputi Pusat Rehat & Rawat (R&R) dan stesyen minyak bagi memudahkan pengguna jalan utama yang melewati kawasan ini di samping penduduk setempat.
Galeri