Hubungi Kami Utama

Majlis Pecah Tanah Rumah Mampu Milik Sutera Damansara

Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB), anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor dengan kerjasama OSK Property Holdings Berhad telah menganjurkan Majlis Pecah Tanah Rumah Mampu Milik Sutera Damansara hari ini bertempat di Tapak Projek Rumah Mampu Milik Sutera Damansara, Sg. Buloh, Selangor Darul Ehsan pada 14 Mac 2013 (Khamis), 9.30 pagi. Majlis telah disempurnakan oleh Y.A.B. Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid bin Ibrahim, Dato’ Menteri Besar Selangor. Rumah Mampu Milik Sutera Damansara yang akan dibina mempunyai 236 unit(16 tingkat), berkeluasan 808-830 kaki persegi dan berharga RM89,000.00 seunit. Kemudahan dan fasiliti yang bakal ditawarkan kepada penduduk ialah dewan serbaguna, surau, tadika, pejabat pengurusan, rumah sampah, parkir bertingkat dan juga kebun komuniti selain kawasan lapang bagi memudahkan penduduk untuk melakukan aktiviti riadah.
Galeri