Hubungi Kami Utama

Notis Tender Kerja-kerja Pembaikan Cerun Berhampiran Tangki Air, Taman Alam Perdana

Tawaran adalah dipelawa daripada kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor atau CIDB dibawah SSPK dalam Gred, Kategori dan Pengkhususan yang berkaitan, bertaraf Bumiputera dan masih sah serta beralamat di dalam Negeri Selangor sahaja seperti berikut :

Bil Tajuk Kerja Pendaftaran dan Taraf Gred, Kategori & Pengkhususan Harga Dokumen
1

Cadangan Kerja-kerja Pembaikan Cerun Berhampiran Tangki Air, Taman Alam Perdana, Mukim Ijok, Daerah Kuala Selangor Untuk Permodalan Negeri Selangor Berhad

Lawatan Tapak adalah diwajibkan seperti berikut :-

Tarikh       :         04hb Jun 2013 (Selasa)
Masa        :         10:30 pagi
Tempat   :         Berkumpul di Pejabat Tapak,
Taman Alam Perdana

CIDB &
Bumiputera

(Beralamat Dalam Negeri Selangor Sahaja)

Gred : G3
Kategori : CE
Pengkhususan : CE21

RM 100.00

BAYARAN
Bayaran untuk Dokumen Tender adalah secara Tunai / Wang Pos / Bank Deraf yang dibuat atas nama Permodalan Negeri Selangor Berhad.

DOKUMEN SEBUTHARGA
Dokumen Tender boleh disemak pada waktu pejabat di Permodalan Negeri Selangor Berhad, Tingkat 25, Wisma MBSA, Persiaran Perbandaran, 40675 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan mulai tarikh iklan disiarkan. Lawatan tapak adalah DiWajibkan. Hanya Pemborong yang hadir lawatan tapak sahaja dibenarkan membeli dokumen Tender.

Pemborong dikehendaki menunjukkan Perakuan Pendaftaran Asal Sijil CIDB berserta satu salinan photostat semasa memohon tawaran. Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan dokumen tawaran tidak akan dikeluarkan.

Notis Tender ini juga boleh dilawati di laman web PNSB : http://www.pnsb.com.my

Tarikh akhir penjualan Dokumen Tender adalah pada 11HB. JUN 2013 (Selasa). Dokumen Tender tidak akan dikeluarkan selepas dari tarikh tersebut. Sebarang pertanyaan sila hubungi ; En Zulkarnain Samsul Bin Ramli atau En Baharudin Bin Ismail di talian 03-5510 7105 / 03-5510 7233 / 03-5510 7234

TARIKH PENYERAHAN
Dokumen Tawaran yang telah lengkap di isi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat bermeteri dan bertanda dengan tajuk kerja berkenaan dan dimasukkan ke dalam Peti Tender Permodalan Negeri Selangor Berhad, Tingkat 25, Wisma MBSA tidak lewat daripada 11HB. JUN 2013 (SELASA) SEBELUM JAM 12.00 TENGAHARI. Dokumen Tender yang diserahkan selepas tarikh dan masa yang ditetapkan berbangkit dari apa jua sebab tidak akan dilayan.